بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Plaeistosen
Plaeistosen
Plaeistosen merupakan
zaman kehidupan awal manusia yang juga disebut sebagai diluvium dan zaman Ais
atau Glasier. Pada Zaman Glasier kebanyakkan air laut berubah menjadi ais dan
hal ini menyebabkan air laut berkurang sekitar 100 meter hingga 150 meter. Ini
menyebabkan laut yang cetek berubah menjadi daratan. Hal ini menyebabkan daratan
Sunda terbentuk. Jika dikatakan manusia pada ketika itu hanya berjalan dari
Asia Tenggara ke Utara Eropah maka ianya suatu perkara yang logik kerana Dataran
Sunda belum ditenggelami air.
Pada
ketika itu, Kepulauan Sumatera, Kalimantan, dan Melaka merupakan satu daratan.
Hal ini terbukti apabila tumbuhan dan haiwan yang dijumpai di Kawasan tersebut
adalah sama. Selain daratan Sunda, daratan Sahul juga terbentuk. Pada zaman
Plaeistosen, berlaku sebanyak empat kali glasier yang diselangi oleh
interglasier. Kejadian Interglasier menyebabkan ais mencair, suhu bumi
meningkat, air laut meningkat dan kedua-dua daratan tersebut menjadi laut yang
cetek. Di samping itu, hidupan yang hidup pada zaman Plaeistosen, mengalami
banyak cabaran seperti letusan gunung
berapi, terbentuknya sungai, gempa bumi dan timbulnya daratan atau danau baru. Oleh
kerana manusia mempunyai akal, mereka dapat menghadapi cabaran tersebut, sementara
hidupan lain bertindak mengikut insting atau nalurinya. Pada zaman ini juga
terdapat haiwan seperti mammoth, Kucing fanged (Smilodon),
tenrecs (landak) dan makrauchenia (sejenis unta).
mammoth
Smilodon
makrauchenia
Zaman Plaeistosen terbahagi kepada tiga iaitu
Plaeistosen Awal, Plaeistosen Pertengahan dan Plaeistosen Akhir. Pada Zaman Plaeistosen
Awal, Manusia yang hidup pada zaman tersebut dikenali sebagai Meganthropus
Paleojavanicus ( manusia raksaksa dari Jawa). Nama tersebut dipilih kerana
tubuhnya yang besar dan ianya juga ditemui di Lembah sungai Bengawan Solo,
iaitu di Sangiran. Pada tahun 1941 oleh G.H.R Von Koenigswald Pada tahun 1936, fosil tengkorak
kanak-kanak telah ditemui di Mojokerto. Dari segi bentuk giginya, kemungkinan
umur kanak-kanak tersebut belum mencapai usia 5 tahun dan diberi nama Pithecanthropus
mojokertensis. Pada zaman Plaeistosen Pertengahan, manusia berjalan secara
tegak telah wujud yang dikenali sebagai Homo erectus atau Pitchecanthropus
erectus. Di China, manusia yang tegak juga telah dijumpai yang dikenali
sebagai Peking man.
Meganthropus Paleojavanicus
tengkorak Pithecanthropus mojokertensis
Homo erectus atau Pitchecanthropus erectus.
Peking Man
Pada
zaman Plaeistosen Akhir, manusia purba yang ditemui telah dikenal pasti oleh Konigswald bahawa
manusia tersebut berada di tahap yang lebih tinggi berbanding manusia pada
zaman Plaeistosen Awal dan Pertengahan. Hal ini kerana kapasiti tengkorangnya
kira-kira 1350cc-1450cc berbanding kapasiti tengkorak manusia purba pada zaman
Plaeistosen Pertengahaan Pithecanthropus iaitu hanya 900cc. Nama yang
telah diberi kepada manusia purba Plaeistosen Akhir ialah Homo Soloneisis
dan Homo Wajakensis. Pada zaman ini juga, manusia purba tersebut telah
pandai membuat peralatan. Zaman
Plaeistosen berakhir apabila glasier mencair dan menyebabkan paras air laut
meningkat dan selepas itu bermulalah era Holosen. والله أعلمُ بالـصـواب (Dan Allah Lebih Mengetahui Yang Sebenar-benarnya)
Homo Wajakensis
Homo Wajakensis moden
Homo Soloneisis
Homo Solonesis Moden
Rujukan
Dr. Pramoto, Seri IPS Sejarah, Jakarta, : Yudhistira Quadra, 2007.
Jeffrey Abdullah, Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah Dalam Pra Sejarah Asia Tenggara, Pulau Pinang, : Universiti Sains Malaysia, 2013.
Dr. Pramoto, Seri IPS Sejarah, Jakarta, : Yudhistira Quadra, 2007.
Jeffrey Abdullah, Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah Dalam Pra Sejarah Asia Tenggara, Pulau Pinang, : Universiti Sains Malaysia, 2013.
No comments:
Post a Comment