Tuesday 3 March 2020

Apa itu Arkeologi?


APA ITU ARKEOLOGI?
Dari segi istilah, Arkeologi bermaksud pengetahuan tentang masa lampau. Perkataan Arkeologi berasa Bahasa Yunani iaitu Archaics logos, bererti pengetahuan tentang hal atau masa lampau. Arkeologi membabitkan  ekskavasi atau penelitian tapak serta kajian dan menganalisis dengan teliti tentang bahan peninggalan yang ditinggalkan oleh manusia yang pernah hidup di sesuatu Kawasan. Bidang Arkeologi ini bukan sahaja menjadi bidang yang mengumpul barangan purba yang ditemui dan dipamerkan kepada masyarakat, tetapi matlamat utama bidang ini adalah adalah untuk mengetahui mengapa manusia mencipta dan meletakkan barangan itu di tempat tersebut.

Arkeologi merupakan  bidang yang mengkaji tentang prasejarah yang dapat dilihat dari segi alam, manusia, dan kebudayaan. Ketiga- tiga perkara tersebut akan dilihat sama ada ianya berkait atau tidak antara satu dengan yang lain. Tujuanya adalah untuk menggambarkan kehidupan yang pernah wujud pada suatu ketika dahulu berdasarkan barangan dan alatan yang ditemui pada masa kini.  Barangan dan alatan yang temui tersebut merupakan satu-satunya sumber yang digunakan untuk menentukan kehidupan manusia prasejarah. Biasanya, fizikal  yang dijumpai ialah alatan, senjata, barangan rumah dan syiling.  Bidang arkeologi ini juga berkait rapat dengan bidang yang lain seperti Geologi, Biologi, dan Antropologi. Hal ini kerana bidang-bidang tersebut turut memberi maklumat dan pandangan tersendiri terhadap sumber prasejarah yang ditemui.

Arkeologi bermula pada zaman Raja Nebuchadnezzar dari Babylon apabila baginda mengekskavasi bahagian kota Babylon lebih 2500 tahun lalu. Puteri Raja Nebuchadnezzar telah menyimpan objek antik di dalam bilik pensendirian mereka. Pada tahun 1784, Presiden Amerika Syrikat iaitu Thomas Jefferson merupakan pelapor kepada pendekatan baharu mengenali aktiviti mengekskavasi. Hal ini terjadi semasa mengkaji tanah perkuburan Kaum Asli Amerika, tanah perkuburan yang digali lebih dalam bagi melihat  barang apa yang akan ditemui bukanlah cara yang tepat dalam ilmu Arkeologi. Thomas Jefferson memperkenalkan kaedah yang baharu iaitu dengan memotong satu bahagian tanah dan menganalisis bahagian tersebut. Beliau juga menjalankan kajian saintifik terhadap tanah dan rangka yang ditemui.



Rujukan:


Trevor Barnes, Archeonlogy, London, : Kingfishser Publication Plc, 2004

Rp. Soejono, Pertemuan Ilmiah Arkeologi III, Jakarta : Pusat Penelitian ArkeologiNasional,1985

R.P. Soejono, Aspek-Aspek Arkeologi Indonesia, Jakarta : Pembinaan Kepurbakalaan 
        Dan Peninggalan Nasional, 1976.



No comments:

Post a Comment