Wednesday, 18 March 2020

Pleistosen



      بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

         السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
        Plaeistosen
Plaeistosen merupakan zaman kehidupan awal manusia yang juga disebut sebagai diluvium dan zaman Ais atau Glasier. Pada Zaman Glasier kebanyakkan air laut berubah menjadi ais dan hal ini menyebabkan air laut berkurang sekitar 100 meter hingga 150 meter. Ini menyebabkan laut yang cetek berubah menjadi daratan. Hal ini menyebabkan daratan Sunda terbentuk. Jika dikatakan manusia pada ketika itu hanya berjalan dari Asia Tenggara ke Utara Eropah maka ianya suatu perkara yang logik kerana Dataran Sunda belum ditenggelami air.

Pada ketika itu, Kepulauan Sumatera, Kalimantan, dan Melaka merupakan satu daratan. Hal ini terbukti apabila tumbuhan dan haiwan yang dijumpai di Kawasan tersebut adalah sama. Selain daratan Sunda, daratan Sahul juga terbentuk. Pada zaman Plaeistosen, berlaku sebanyak empat kali glasier yang diselangi oleh interglasier. Kejadian Interglasier menyebabkan ais mencair, suhu bumi meningkat, air laut meningkat dan kedua-dua daratan tersebut menjadi laut yang cetek. Di samping itu, hidupan yang hidup pada zaman Plaeistosen, mengalami banyak cabaran  seperti letusan gunung berapi, terbentuknya sungai, gempa bumi dan timbulnya daratan atau danau baru. Oleh kerana manusia mempunyai akal, mereka dapat menghadapi cabaran tersebut, sementara hidupan lain bertindak mengikut insting atau nalurinya. Pada zaman ini juga terdapat haiwan seperti mammoth, Kucing fanged (Smilodon), tenrecs (landak) dan makrauchenia (sejenis unta).

mammoth


Smilodon
makrauchenia 



 Zaman Plaeistosen terbahagi kepada tiga iaitu Plaeistosen Awal, Plaeistosen Pertengahan dan Plaeistosen Akhir. Pada Zaman Plaeistosen Awal, Manusia yang hidup pada zaman tersebut dikenali sebagai Meganthropus Paleojavanicus ( manusia raksaksa dari Jawa). Nama tersebut dipilih kerana tubuhnya yang besar dan ianya juga ditemui di Lembah sungai Bengawan Solo, iaitu di Sangiran. Pada tahun 1941 oleh G.H.R Von  Koenigswald Pada tahun 1936, fosil tengkorak kanak-kanak telah ditemui di Mojokerto. Dari segi bentuk giginya, kemungkinan umur kanak-kanak tersebut belum mencapai usia 5 tahun dan diberi nama Pithecanthropus mojokertensis. Pada zaman Plaeistosen Pertengahan, manusia berjalan secara tegak telah wujud yang dikenali sebagai Homo erectus atau Pitchecanthropus erectus. Di China, manusia yang tegak juga telah dijumpai yang dikenali sebagai Peking man.
Meganthropus Paleojavanicus
tengkorak Pithecanthropus mojokertensis
Homo erectus atau Pitchecanthropus erectus.

Peking Man



Pada zaman Plaeistosen Akhir, manusia purba yang ditemui  telah dikenal pasti oleh Konigswald bahawa manusia tersebut berada di tahap yang lebih tinggi berbanding manusia pada zaman Plaeistosen Awal dan Pertengahan. Hal ini kerana kapasiti tengkorangnya kira-kira 1350cc-1450cc berbanding kapasiti tengkorak manusia purba pada zaman Plaeistosen Pertengahaan Pithecanthropus iaitu hanya 900cc. Nama yang telah diberi kepada manusia purba Plaeistosen Akhir ialah Homo Soloneisis dan Homo Wajakensis. Pada zaman ini juga, manusia purba tersebut telah pandai membuat peralatan.  Zaman Plaeistosen berakhir apabila glasier mencair dan menyebabkan paras air laut meningkat dan selepas itu bermulalah era Holosen.  والله أعلمُ بالـصـواب (Dan Allah Lebih Mengetahui Yang Sebenar-benarnya)


Homo Wajakensis
Homo Wajakensis moden

Homo Soloneisis 
Homo Solonesis Moden









Rujukan
Dr. Pramoto, Seri IPS Sejarah, Jakarta, : Yudhistira Quadra, 2007.

Jeffrey Abdullah, Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah Dalam Pra Sejarah Asia Tenggara, Pulau Pinang, : Universiti Sains Malaysia, 2013.












No comments:

Post a Comment