APA
ITU ARKEOLOGI?
Dari
segi istilah, Arkeologi bermaksud pengetahuan tentang masa lampau. Perkataan
Arkeologi berasa Bahasa Yunani iaitu Archaics logos, bererti pengetahuan
tentang hal atau masa lampau. Arkeologi membabitkan ekskavasi atau penelitian tapak serta kajian
dan menganalisis dengan teliti tentang bahan peninggalan yang ditinggalkan oleh
manusia yang pernah hidup di sesuatu Kawasan. Bidang Arkeologi ini bukan sahaja
menjadi bidang yang mengumpul barangan purba yang ditemui dan dipamerkan kepada
masyarakat, tetapi matlamat utama bidang ini adalah adalah untuk mengetahui
mengapa manusia mencipta dan meletakkan barangan itu di tempat tersebut.
Arkeologi
merupakan bidang yang mengkaji tentang
prasejarah yang dapat dilihat dari segi alam, manusia, dan kebudayaan. Ketiga-
tiga perkara tersebut akan dilihat sama ada ianya berkait atau tidak antara
satu dengan yang lain. Tujuanya adalah untuk menggambarkan kehidupan yang
pernah wujud pada suatu ketika dahulu berdasarkan barangan dan alatan yang
ditemui pada masa kini. Barangan dan
alatan yang temui tersebut merupakan satu-satunya sumber yang digunakan untuk
menentukan kehidupan manusia prasejarah. Biasanya, fizikal yang dijumpai ialah alatan, senjata, barangan
rumah dan syiling. Bidang arkeologi ini
juga berkait rapat dengan bidang yang lain seperti Geologi, Biologi, dan
Antropologi. Hal ini kerana bidang-bidang tersebut turut memberi maklumat dan
pandangan tersendiri terhadap sumber prasejarah yang ditemui.
Arkeologi
bermula pada zaman Raja Nebuchadnezzar dari Babylon apabila baginda
mengekskavasi bahagian kota Babylon lebih 2500 tahun lalu. Puteri Raja
Nebuchadnezzar telah menyimpan objek antik di dalam bilik pensendirian mereka.
Pada tahun 1784, Presiden Amerika Syrikat iaitu Thomas Jefferson merupakan
pelapor kepada pendekatan baharu mengenali aktiviti mengekskavasi. Hal ini
terjadi semasa mengkaji tanah perkuburan Kaum Asli Amerika, tanah perkuburan yang
digali lebih dalam bagi melihat barang
apa yang akan ditemui bukanlah cara yang tepat dalam ilmu Arkeologi. Thomas
Jefferson memperkenalkan kaedah yang baharu iaitu dengan memotong satu bahagian
tanah dan menganalisis bahagian tersebut. Beliau juga menjalankan kajian
saintifik terhadap tanah dan rangka yang ditemui.
Rujukan:
Trevor
Barnes, Archeonlogy, London, : Kingfishser Publication Plc, 2004
Rp. Soejono, Pertemuan
Ilmiah Arkeologi III, Jakarta : Pusat Penelitian ArkeologiNasional,1985
R.P.
Soejono, Aspek-Aspek Arkeologi Indonesia, Jakarta : Pembinaan
Kepurbakalaan
Dan Peninggalan Nasional, 1976.
No comments:
Post a Comment